Bangkai anak kambing menyerupai manusia yang ditemui di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi pada Jumaat.PENEMUAN bangkai seekor anak kambing yang menyerupai manusia telah menggemparkan masyarakat di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi pada Jumaat.Bangkai anak kambing aneh itu ditemui oleh peneroka Felda, Ibrahim Basir, 63, yang terkejut apabila mendapati salah seekor kambingnya melahirkan anak menyerupai manusia pada jam 11 pagi, Jumaat lalu selepas dimaklumkan rakan niaganya, Jamaludin Abdul Samad, 50.“Bila diperiksa saya terkejut mendapati ia bukan sahaja memiliki muka, hidung dan kaki malah keadaan tubuhnya yang lembik bagaikan anak manusia. Cuma bulu warna coklat sahaja menampakkan ianya seekor anak kambing,”ujarnya dalam laporan disiarkan The Star.
đang được dịch, vui lòng đợi..
